Canggihnya masa dahulu seperti yang pernah diperkatakan bahawa masa
dahulu adalah jauh lebih maju dari zaman sekarang. Seperti post sebelum
ini tao mendedahkan pasal Rahsia Pembinaan Piramid tertulis dalam
Al-Quran .Kali ini para arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar
Firaun Khufu.
KAHERAH - Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal
solar Firaun Khufu baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung
Giza.
Projek pemuliharaan yang dilakukan ialah untuk mengangkat 41 blok batu
dengan purata berat 16 tan setiap satu dan memindahkan kapal ditanam
4,500 tahun lalu di dalam lubang bawah tanah.
Projek itu menjadi tumpuan penyelidikan Kementerian Dalam Negeri Bagi
Antikuiti, delegasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Institut Kapal
Solar Jepun. Mereka sudah memulakan kerja kajian sejak 2007.
Menteri Negeri Bagi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass hadir pada upacara
pemindahan itu dan memberitahu wartawan, kerja pemuliharaan ‘kapal solar
paling tua di dunia’ akan mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum
ia boleh dipamerkan kepada pelawat.
Raja Khufu antara Firaun terkenal dalam dinasti keempat dan pemerintah
yang membina Piramid Khufu. Orang Mesir purba percaya kapal itu dibina
untuk membawa beliau kepada kehidupan abadi.
Pemindahan blok batu yang membawa kepada penemuan kapal Firaun Khufu
dibuat di dalam sebuah bangsal besar yang dibina untuk melindungi kapal
itu. Blok batu pertama diangkat Rabu lalu sebagai ujian sebelum
tempatnya digantikan dengan blok kayu.
Kapal solar kedua Firaun Khufu dikesan pada 1987 di dalam sebuah lubang
besar, di sebelah barat kapal solar pertama. Kedua-dua kapal itu
terletak di bahagian selatan Piramid Khufu di Giza.
Kapal solar pertama ditemui pada 1954 dan mula dipamerkan pada 1982,
berhampiran piramid selepas kerja baik pulih yang mengambil masa 13
tahun.
Selepas kerja baik pulih selesai, kapal kedua akan ditempatkan
berhampiran pagar piramid, manakala kapal pertama akan dipindahkan di
Muzium Besar Mesir yang sedang dalam pembinaan. Kedua-dua kapal dibuat
daripada kayu cedar Lubnan dan kayu akasia Mesir.Hawass berkata, keadaan
kapal terbaru ini lebih baik daripada yang dijangka.
“Pada mulanya saya berasa bimbang melihat kayu kapal itu. Bagaimanapun,
saya yakin kita dapat melihat sebuah lagi kapal Firaun dalam tempoh
empat tahun, apabila ia dibaik pulih,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan