Allahyarham Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor (Tulisan Jawi: حاج فاضل بن محمد نور)
(lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002)
merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia
(PAS) dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen pada 1999 ekoran kekalahan Lim Kit Siang .
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Bapanya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya
Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau merupakan anak sulung daripada empat
adik-beradik.Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah
seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang
yang terkenal di Kedah.
Beliau menikahi sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada
tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama
Farbish Bakar, Alor Star.Isterinya bersamanya ke Al-Azhar. Mereka mendapat
lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna ’Izzah, Muhammad Faiz, Salwa,
Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga(1946-1949)
,Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud (1951 -1959) sebelum melanjutkan pelajaran ke
Universiti Al Azhar, Mesir (1963- 1967) jurusan Perundangan Islam. [1] tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga
1967.Pada 1967, sewaktu di Mesir, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan
Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Kerjaya
Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) (1973-1978).Beliau dipecat dari UTM kerana bertanding dalam Pilihan raya
1977 di DUN Alor Merah dan parlimen Kuala Kedah. Beliau membawa kes itu ke mahkamah kerana
pemecatan tidak mengikut saluran yang betul. Mahkamah memerintahkan UTM
membayar ganti rugi dan kembali menjadi pensyarah. Beberapa bulan kemudian
beliau meletak jawatan demi perjuangan PAS sepenuh masa.
Presiden ABIM
Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Penerangan Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM)
(1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978) dan Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia
(1974-1976). ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS di mana 8000 ahli
ABIM ialah ahli PAS. Siaran ABIM juga giat menyebarkan buku dan tulisan Ikhwanul Muslimin seperti Hassan al Banna, Syed Qutb dan Jamiat Islami,
Maududi. Beberapa tokoh PUM juga tonggak penting PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
Fadzil Noor dilantik menjadi Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim ditahan ISA
pada 1974 ekoran isu demonstrasi kebuluran di Baling.
Tokoh penting ABIM ketika itu ialah Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz
Abdul Ghani
Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani
Shamsuddin dan Syed Ibrahim
Syed Abdul Rahman.
Politik
Beliau mula bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1978
menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi
kalah. Pada tahun itu, PAS kalah teruk di Kelantan yang dikuasai sejak 1959.Dr
Mohd Natsir menggesa umat Islam merapatkan jemaah demi perjuangan Islam. Beliau
menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri
Kedah. Pada 1980, beliau bertanding di DUN Anak Bukit berikutan kematian wakil rakyat di situ. Pada 1982
beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd
Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215
undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN
Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan raya umum Malaysia 1995
mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan
majoriti 2,414. Pada Pilihan raya umum Malaysia 1999,
Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau
menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon
BN) di Pendang. Fadzil Noor mendapat 22,413 undi berbanding 19,474
undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah
PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi
parlimen).
Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi
menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan
Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. DUN Anak Bukit adalah DUN baru
yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah
menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah.
Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS
(1981-1982) dan kemudian Timbalan Presiden pada 1983.Peristiwa Memali dan
Peristiwa Lubuk
Merbau terjadi pada 1985. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS
selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.
Pada tahun yang sama (1999), beliau dilantik sebagai
Ketua Pembangkang[2] menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.
Gerak
Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia) (Gerak). Gerak ditubuhkan
oleh PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan
disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan
keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menawan semula Kelantan
dan Terengganu
Hasil kerjasama PAS dengan Parti Semangat 46 dan membentuk Angkatan Perpaduan Ummah
pada 1989, PAS berjaya menang majoriti kerusi di negeri Kelantan dan kerajaan PAS dibentuk semula di Kelantan pada
1990 semenjak kalah teruk pada 1977.
Pada 1999, PAS menubuhkan Barisan Alternatif bersama
Keadilan
dan berjaya mendapatkan semula Terengganu yang terlepas pada 1964. Rakan ABIMnya
,Tuan guru Abdul Hadi Awang dilantik
sebagai Menteri Besar Terengganu.[3]
Meninggal dunia
Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan
pintasan jantung pada 10 Jun 2002.[4] Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu
kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30
pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules dari Selangor ke Kedah.[5]
Jenazah Ustaz Fadzil Noor disemadikan di madrasah di
tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum,
Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah
beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan
terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut
untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga
20 km.[5]
Kata-kata
"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap
sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika
majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau
menghembuskan nafasnya terakhir.
Rujukan
- Jump up ↑ Death of PAS leader leaves party facing difficult decisions (by Abd Rahman Koya) - Media Monitors Network
- Jump up ↑ "The Passing of Datuk Fadzil Noor, a Great Malaysian". Aliran Monthly. Capaian 2008-01-23.
- Jump up ↑ Ustaz Fadzil Noor (1937-2002) dalam kenangan
- Jump up ↑ "Fadzil Noor, a Malaysian Islamist, Dies at 65", The New York Times, June 25, 2002. Dicapai pada 2008-01-23.
- ↑ Jump up to: 5.0 5.1 Mengenang Pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor, 23 Jun 2010. Laman blog Prioritize Loyalty @ L1™ (Ghazali). Dicapai 26 Ogos 2019.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan