Powered By Blogger

Khamis, 16 Januari 2014

Kartunis Rejabhad


1 ulasan:

  1. NAMA sebenar beliau ialah Rejab bin Had. Dilahirkan pada 23 Ogos 1939 di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

    Hikayat Rejabhad
    Semasa kecil, beliau bercita-cita menjadi seorang penulis. Tetapi selepas meninggalkan bangku sekolah, cita-citanya telah berubah untuk menjadi kartunis. Sememangnya bakat melukis dan minat pada kartun sudah tertanam dalam dirinya sejak kecil. Tambahan beliau bergaul rapat dengan kartunis terkenal pada masa itu, Rashidin. Apabila beliau mengikut emaknya keluar membeli barang dapur, beliau akan singgah ke kedai untuk membaca komik yang tersiar di akhbar.
    Selepas tamat sekolah, beliau memasuki perkhidmatan tentera. Tiga bulan sebelum itu, karya kartunnya yang pertama tersiar di majalah Gelanggang Filem milik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, keluaran Julai 1958. Semasa di dalam tentera, beberapa pegawai tertinggi tentera menyedari akan bakatnya, lalu memberi semangat untuk beliau bergiat lebih jauh lagi di dalam dunia perkartunan. Hasilnya, sebahagian kartun beliau berkisar tentang pengalamannya di dalam tentera.

    Selepas bersara dari perkhidmatan tentera, beliau menjadi kartunis sepenuh masa bersama majalah Gila-Gila terbitan Creative Enterprise. Pendapatannya semasa menjadi kartunis melebihi pendapatan beliau ketika berkhidmat di dalam tentera. Namun, beliau terus menjalani kehidupan yang sederhana, kerana baginya, melukis kartun adalah satu tanggungjawab.

    Prinsip Rejabhad dalam berkartun
    Sering dipanggil dengan panggilan Pak Jab, Rejabhad menggunakan prinsip asas dalam komik iaitu komik berfungsi mengkritik isu-isu tertentu secara ringan. Beliau berhati-hati menggunakan prinsip asas tersebut kerana dikhuatiri akan risikonya jika tidak ditangani dengan baik. Rejabhad melakarkan ideanya dengan bijak dan dalam masa yang sama berpegang pada falsafahnya – jangan sekali-kali mengkritik isu-isu yang sensitif. Dilahirkan sebelum Malaysia merdeka, beliau sangat dikenali dengan kartun yang menggambarkan keadaan semasa tetapi dengan gaya tradisional. Tambahan beliau sering memasukkan falsafah di dalam dialog untuk menjadikan kartunnya lebih menarik.

    Dua karya Rejabhad yang termasyhur, Periwira Mat Gila dan Tan Tin Tun.

    Seminar dan bengkel kartun
    Rejabhad sering dijemput menghadiri seminar dan bengkel kartun untuk mengajar dan memberi panduan kepada generasi baru kartunis. Beliau dihormati kerana kesediaan untuk berkongsi pengetahuan.
    Beliau pernah menerima jemputan kerajaan Malaysia untuk melawan gejala penyalahgunaan najis dadah. Beliau tidak hanya bercakap tentang kartun, tetapi juga mengenai Islam dan kehidupan.

    Beliau merupakan kartunis Malaysia yang pertama mempunyai pemandu peribadi tetapi lebih gemar berjalan kaki dan menggunakan LRT. Setiap kali berjalan, beliau akan membawa bersama kamera dan merakamkan gambar-gambar pemandangan serta orang ramai untuk rujukan. Beliau juga banyak mengumpulkan majalah dan artikel untuk rujukan. Koleksi majalah dan artikelnya kini tersimpan di galeri beliau di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

    Mentor dan Raja Kartun Malaysia
    Rejabhad meninggal dunia kerana sakit jantung pada 14 November 2002, semasa berusia 63 tahun. Sepanjang hidupnya, beliau menjadi mentor kepada kebanyakan kartunis Malaysia dari tahun 1950an lagi, antaranya Lat, Imuda dan Juragan.
    Beliau telah digelar Raja Kartun Malaysia dan Penghulu Kartun. Malah, beliau telah dilantik sebagai penasihat utama kepada Creative Enterprise. Bersama Creative Enterprise, beliau menjadi kartunis tetap dan mendapat kebebasan melukis untuk majalah Gila-Gila seumur hidupnya.

    BIBLIOGRAFI
    Periwira Mat Gila (3 jilid, novel grafik terbaik)
    Tan Tin Tun (novel grafik terbaik)
    Mawar Oh Mawar
    Selendang Siti Rogayah
    GG Dengan Rejabhad
    Prebet Dabus
    Senyum Sedikit (2 jilid)
    Pisang Emas Jalak Lenteng
    Amal (anak Periwira Mat Gila)*

    BalasPadam