|
Sejarah Tentera Udara Di Raja Malaysia bermula pada tahun 1958 dengan pembelian Scotland Aviation Twin Pioneer yang diberi nama Lang Rajawali. Umum kita ketahui pesawat pejuang tercanggih TUDM kini ialah Sukhoi SU-30 MKM
yang mempunyai kemampuan yang menakjubkan. Ketika ini TUDM mempynyai 18
pesawat pejuang Sukhoi, 8 pesawat F-18D, 12 BAE Hawk dan 10 Mig 29
Fulcrum. Tapi tahukah anda nama pesawat pejuang pertama milik TUDM?
Pesawat pejuang pertama TUDM ialah Canadair CL-41G Tebuan. Ianya variasi khas Canadair CT-114 Tutor yang merupakan pesawat pelatih Tentera Udara Diraja Kanada. 20 buah Tebuan dibeli pada tahun 1966 dan mula memasuki inventori TUDM pada tahun 1967.
Pesawat Tebuan berbeza dari Canadair CT-114 Tutor dari segi
pengubahsuaian enjin dan sayap yang lebih kuat bagi membenarkan ia
membawa sistem persenjataan. Malaysia ialah satu-satunya negara yang
memiliki variant pesawat tempur Canadair
CT-114 Tutor ini. Tebuan digunakan sebagai pesawat bantuan dalam
operasi menentang Parti Komunis Malaya. Tebuan digunakan oleh TUDM
selama 20 tahun sebelum digantikan dengan 13 pesawat Aermacchi MB-339A.
Kini adan boleh melihat pesawat Tebuan ini di Muzium Tentera Udara Di Raja Malaysia di Sungei Besi dan juga Muzium Tentera Port Dickson. Lihatkan sendiri perbezaan teknologi dahulu dan sekarang.
Diolah dari sumber Wikipedia dan MaFiles |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan