Powered By Blogger

Khamis, 16 Januari 2014

Kartunis Imuda


1 ulasan:

  1. Komik pertama Imuda ialah Hang Sebat, setebal 20 halaman. Beliau dibayar sebanyak RM50.00 atas hasil usahanya itu.
    Imuda juga pernah menghasilkan album bersama Susan Lankester berjudul Terang Gelap pada tahun 1992.
    Tahun 1992 juga, menyaksikan Imuda mendapat anugerah sebagai Pelakon Pembantu Terbaik dan kemudiannya Pelakon Komedi Popular pada tahun 1993.
    Dan pada tahun 1993 juga, Imuda meninggalkan Dewan Bahasa dan Pustaka selepas berkhidmat selama 15 tahun, untuk menumpukan perhatian dalam bidang lakonan.
    Di samping itu, beliau terus melukis kartun, samada di rumah ataupun di masa-masa terluang.
    Imuda juga memiliki syarikatnya sendiri, Im-Concept yang menjual barangan seperti t-shirt, cap, mug, rantai kunci – kebanyakannya dihiasi dengan karakter Budin.
    Beliau berharap suatu hari nanti akan dapat menghasilkan siri animasi Pi Mai Pi Mai Tang Tu untuk siaran televisyen.
    Imuda pernah membuat pameran solo pertamanya di Balai Berita, New Strait Times. Pameran yang diberi nama Wajah-wajah Kesayangan Hamba itu memaparkan 46 catan yang berupa potret artis dan personaliti terkenal dalam dan luar negara.

    12 Januari 2008, Imuda menghadiahkan lima potret hasil tangannya kepada Galeri Perfileman Finas di Jalan Pahang, Kuala Lumpur dalam program Tiada Gambar Seindah Lukisan Bersama Imuda. Kelima-lima lukisan itu ialah potret pelakon lama Maria Menado, Sarimah, Rosnani, Umi Kalthum dan Latifah Omar.
    Imuda juga merupakan salah seorang kartunis residen untuk Balai Seni Lukis Negara.

    Imuda seorang yang sentiasa bekerja keras untuk mencapai apa yang dicita-citakannya – sikap yang sebenarnya jauh dari watak Budin dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
    Sedikit kata-kata dari Dr Hatta Azad Khan: “Kombinasi Imuda sebagai pelakon komedi dan pelukis adalah gabungan luar biasa yang menarik. Jarang kita bertemu dengan pelukis komik yang dapat melakonkan watak lukisannya.”

    BalasPadam