Powered By Blogger
Memaparkan catatan dengan label berkongsi cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berkongsi cerita. Papar semua catatan

Ahad, 31 Mei 2020

aku dan pengalamanku

Aku masih lagi terkenang saat aku buat pertama kali bergelar guru,pada tahun 1990 aku ditawarkan oleh pihak PPD Manjung untuk menjadi guru ganti kepada seorang guru yang cuti bersalin di SK Dato Ishak, Teluk Muroh, Lumut selama 45 hari.
Di sekolah ini aku diarahkan oleh guru besar mengajar bahasa Melayu dan matematik untuk kelas tahun 2. Al maklum sebagai orang baru, memang pengawalan kelas menjadi satu yang merumitkan, hasilnya kelas yang aku ajar menjadi bising dengan bunyi hiruk pikuk murid-murid dalam kelas tersebut.
    Nak jadi cerita, Guru Besar lalu di tepi kelas aku, beliau masuk dan terus memanggil murid-murid yang bising dan terus merotan mereka dengan rotan yang dipegangnya. Aku terpaku sebab murid2 tu dirotan di hadapan aku, nampak sangat Guru Besar tu macam x puas hati dengan pengurusan kelas aku, 
   Tapi yang paling mengejutkan ialah apabila ada bapa murid tersebut yang tiba-tiba datang dan sound aku kerana melihat ada kesan rotan di anggota badan anaknya, sebab dia ingat aku yang rotan anaknya, aku lekas-lekas menafikan dan memberitahu bahawa yang merotannya ialah Guru Besar. Aku nampak bapa murid itu terus menuju ke pejabat dan aku tak tahu apa yang berlaku selepas itu, tapi satu pengalaman yang aku x boleh lupakan ialah sikap Guru Besar tu yang marah guru2nya di khalayak ramai, walaupun ada murid2 di tempat itu.
                                                                                                     bersambung

Ahad, 26 Januari 2014

Kisah Murtad 2 : Aisyah Bukhari




Satu cerita untuk pengajaran dan tindakan selanjutnya... ... ... bila maruah diri tercabar kita sanggup bangun menentang; tapi bila maruah Islam jadi barang mainan, apa yg kita lakukan??

Assalamualaikum. Tidak terniat untuk menjatuhkan maruah mana-mana pihak, sekadar renungan untuk kita semua. Siapa tahu suatu hari nanti ia mungkin terjadi ke atas diri atau keluarga kita sendiri. Na'uzubillahi min zalik (semoga Allah menjauhkan kita daripadanya). Sama-samalah kita renungkan...

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman,tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta,ikut boyfriend. Ia sebenarnya kes murtad yang sengaja ditutup oleh golongan pemimpin tertentu yang kita amanahkan untuk memimpin,mereka ini juga Islam. Kita tak tahu kenapa mereka sengaja membutakan hati dari melihat akidah umat Islam di Malaysia terutamanya; di serang hebat. Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlahlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini. Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah.

Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk HashimYahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin.

Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat?

Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu sistem pertahanan akidah kita amat rapuh.

Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1) Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad

2) Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem kehakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada haji Bukhari setelah 25 tahun didik

anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah. Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya dalam keadaan macam tu dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga peringkat 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam (Haji Tahir). Dia juga hafal surah Yasin dalam ertikata tahu ayat apa surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang azimat semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah . Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.

Dari segi keterampilan dia.. budak perempuan Melayu biasa... pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C . Kakak dia pun macam ini juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu Intan dah Kristian." Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis,keluar radio menangis, pergi forum menangis... apa yang dia boleh buat?

Kes ini penting untuk orang tahu. Seorang menteri telah memesongkan fakta mengatakan Aisyah telah berkahwin secara Islam di selatan Thailand. Mengapa tok menteri ini sengaja kelabukan mata orang Melayu? Buta? Disogok? Tali barut? Kita sendiri pun tak tahu.

Terpaksalah ketua pengarah Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sendiri buat kenyataan menafikan kenyataan tok menterinya.Dikeluarkan pada 13 Februari 1998... ..

" kenyataan ini dikeluarkan oleh ketua pengarah JAKIM bagi

menafikan laporan akhbar lepas yang menitik sumber akhbar kononnya Nur Aisyah dan kekasihnya telah berkahwin secara Islam di Sempadan Thai baru-baru ini." (13 Februari1998).

Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah ini minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan... ... Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan, untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 perlembagaan persekutuan iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam" Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Tiada langsung disebut pasal kawin. Macamana seorang menteri Melayu boleh putarkan fakta kata ia kes kawin lari? Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 perlembagaan persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957 perlembagaan itulah yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang kita, undang -undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan,rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik,ekonomi... . semua tak termasuk. Article 4 pula menyatakan: "mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

 http://inia-lurun.blogspot.com/2008/06/aisyah-bukhari-buat-teladan-nauzubillah.html

Sabtu, 4 Januari 2014

Nikmatnya Ikhlas kepada Allah

Wahai anakku,
Pada suatu hari, ada seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Dia tetiba dikejutkan dengan suatu cahaya cukup bersilau terang terpancar dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Pandangan itu sungguh cantik tapi juga merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Si lelaki terpegun seketika dan bertanya pada diri apakah kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa? Apakah ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan? Jika tidak, mengapa kuburnya bercahaya? Si lelaki memberanikan diri dan mengambil sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu kerana ingin melawat kubur itu keesokan harinya.

Wahai anakku,
Pada keesokannya, si lelaki itu datang menyelidik kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Dibisik di hatinya, “Mesti allahyarham ini seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal…”

Si lelaki bertanya-tanya kepada orang kampung sekitar dan mendapati kubur itu adalah milik seorang lelaki tua yang meninggalkan seorang isteri di sebuah pondok di hujung kampung. Si lelaki tidak berputus asa dan terus menyelidik dan melawat rumah si mati. Di sana si lelaki terjumpa dengan isteri si mati dan diceritakannya perkara yang ajaib yang berlaku semalam.

Wahai anakku,
Mendengar cerita si lelaki, isteri si mati terasa aneh, terkejut dan kehairanan. Suaminya cuma seorang petani kecil. Tidak pernah seorang yang kaya, lagi bukan seorang ahli ibadah mahupun orang soleh. Juga bukan seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal yang disangka si lelaki. Malah menurut isteri si mati, suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

Si lelaki cukup hairan dengan penjelasan isteri si mati. Apakah beliau bermimpi melihat cahaya di kubur itu? Takkanlah orang yang tak baca Quran boleh bercahaya di kuburnya.

Wahai anakku,
Namun lelaki itu tetap tidak berputus asa. Si lelaki inginkan mencari jawapan di sebalik cahaya di kubur itu dan bertanya apakah perkara-perkara aneh yang si mati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.

Lalu, isteri si mati menjawab, suaminya akan mengambil wuduk setiap malam sebelum tidur, dan bersendirian di dalam bilik. Setelah seketika, isteri si mati baru sedar bahawa setiap malam suaminya selepas mengambil wuduk akan mengambil al-Quran di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Si isteri si mati turut berkata suaminya akan duduk dan membelek al-Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca. Diraba-rabanya ayat-ayat Quran itu di atas Quran dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Malah kata isteri si mati, dia pernah dikejutkan tengah malam oleh rintihan dan desakan tangisan suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tapi suamiku seorang yang buta al-Quran,” terang isteri si mati.

Wahai anakku,
Mendengar penjelasan isteri si mati, si lelaki bertambah hairan. Lalu si lelaki bertanya, apakah yang dirintihkan dan dingangiskan si mati. Isteri si mati menjawab:

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimahMu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimahMu. Aku tidak dapat bersahabat denganMu. Aku tidak dapat memahamiMu. Tapi aku sangat mengasihiMu. Aku sangat mencintaimu.”

“Wahai Kalam Allah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Tuhan di akhirat nanti.”

Malah, kata isteri si mati lagi, kadang-kadang suaminya tidak balik tidur bersamanya kerana tertidur di dalam bilik itu memeluk al-Quran dengan penuh erat.

Wahai anakku,
Mendengar penjelasan isteri si mati, si lelaki meminta izin untuk melihat al-Quran yang dimiliki suaminya.

Dibelek al-Quran itu, si lelaki terus bergenang air mata. Melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali cukup mengharukan. Dibisik di hati si lelaki, “Aku pun tidak sampai begitu membelek al-Quran.”

Si lelaki tidak dapat menahan air matanya apabila benar melihat ada bekas-bekas airmata di halaman Quran milik si mati. Benarlah apa yang diceritakan isteri si mati, suaminya sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Di hati si lelaki, terus tersenyum kerana beliau dah jumpa jawapan mengapa kubur itu bercahaya. Hati si mati telah bersatu dengan roh al-Quran. Dia sangat mengasihi kalimah Tuhannya dengan sesungguhnya dan perkara ini boleh dirasai si lelaki selepas membelek al-Quran milik si mati. Sungguh mulia si mati ini. Ini bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

Wahai anakku,
Aku sengaja menceritakan ini kerana bimbang kamu merasai buku Quran teramat berat untuk dibuka. Aku sangat berharap cerita di atas dapat membuka hatimu, menguatkan jiwamu dan meringankan tanganmu untuk mengangkat kalimah Allahmu untuk dibaca.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu terpedaya dengan bisikan syaitan yang membisikkan perasaan malasmu untuk membaca Al-Quran. Syaitan terkadang menanam perasaan tidak pandai membaca untuk menjauhkan kamu dari Al-Quran. Sedangkan engkau membaca dengan mengeja satu-persatu diganjar pahala dua kali ganda oleh Allah.

Lantaran itu, berusahalah mempelajarinya. Jangan kamu merasa malu mempelajari Al-Quran, kerana tiada manusia dilahirkan dalam keadaan alim. Marilah kita bersama-sama menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang hayat ini.


TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Ahad, 29 Disember 2013

Kisah Pakcik Jual Laksa Beras

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.

Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.

Zaman ini, kebanyakan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.

Setelah membeli laksa beras, pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.

Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.
Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “Pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menjawab, "Duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya menggilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba di mana-mana kampung, menjelang waktu solat sama ada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana-mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah. Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat. Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, di sini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar."

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal mengelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak.
Sama-samalah kita mengambil iktibar darinya untuk kebaikan diri kita sendiri.


TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Rabu, 22 Mei 2013

Nasi Goreng Bekas Axion

Ini bukan cerita pasal axion boleh membersih dakwat kekal. Bukan nak berkempen pasal sabun pencuci pinggan mangkuk... tapi kisah yang cukup menyedihkan.

Kisah ini diceritakan oleh seorang ibu melalui facebook untuk dikongsikan bersama... Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang pemberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap...

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung.. nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah.. malam hari sebelum tidor.. Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik.. Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Terima kasih..

Isnin, 21 Februari 2011

Kisah liku-liku anak paderi bertukar agama dari Kristian kepada Islam

Satu cerita benar untuk renungan

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.
Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==.
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong.. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan.
Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsb.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek…
Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).
Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu)… “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu…”

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- -

- Mengapa orang Islam sembah kaabah? Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi.
Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.

Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya…………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan

Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.

Biarlah saya jadi pendakwah bebas.. Saya ingin membilas dosa lalu.. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah..saya sayang emak..saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku.
Saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita……… Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah…..saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……….Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.

Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.
Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,”You apa tahu…..Islampun baru setahun jagung…..”

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam..

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.
Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah.gurindam remaja Islam

Isnin, 14 Februari 2011

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Telah dinyatakan dalam kitab al-Syifa Bita'rif Huquq al-Mustafa oleh al-Qadi 'Iyad al-Andalusi bahawa terdapat hadis-hadis dan athar-athar sahih yang banyak didatangkan oleh para sahabat tentang perawakan nabi saw. Antara sahabat yang menceritakan tentang rupa bentuk Rasulullah ialah Ali Bin Abu Talib, Anas Bin Malik, Abu Hurairah, al-Barra' Bin 'Azib, Aisyah Ummul mukminin, Ibnu Abbas, Abu Tufail dan lain-lain lagi. Antara gambaran Rasulullah yang telah dinyatakan oleh para sahabat ialah kulitnya yang putih, mata yang cantik, rambut yang lebat, wajah yang bersinar, bulu kening halus memanjang hingga ke penghujung mata, hidung yang mancung, janggut yang tebal hingga ke dada, dada yang bidang, sederhana tinggi iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, apabila bercakap seolah-olah cahaya keluar dari gigi baginda dan lain-lain lagi (Sila rujuk kitab al-Syifa oleh al-Qadi 'Iyad, 1986, cetakan Dar al-Faiha', Amman, juzuk 1 halaman 147-149).
Al-Barra' Bin 'Azib berkata bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapa yang terlebih tampan daripada Rasulullah saw. Jabir pula telah meriwayatkan bahawa pada suatu ketika semasa malam bulan purnama terang-benderang, beliau melihat kepada wajah Rasulullah dan juga melihat ke arah bulan, dan mengikut pandangannya wajah Rasulullah terlebih cantik dan berseri daripada bulan dan cahayanya.
Anas pernah berkata bahawa: 'Rasulullah saw tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah, dan warna wajah Rasulullah tidaklah terlalu putih seumpama air kapur dan tidak pula pucat pudar (warna kulit putih kemerahan), rambut Rasulullah tidaklah terlalu lurus dan tidak pula terlalu kerinting (rambut ikal mayang)….dan uban yang ada pada rambut dan janggutnya tidak melebihi dua puluh helai'.
Manakala Saidina Ali pula ketika menceritakan perawakan Rasulullah saw, beliau berkata: 'Rasulullah tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah tetapi memiliki tubuh badan sederhana, rambut baginda tidak terlampau lurus dan tidak juga terlampau berketak-ketak tetapi berkeadaan berombak (ikal). Badannya tidak gemuk. Wajahnya tidak bulat tetapi bujur. Warna wajah Rasulullah putih dengan sedikit kemerah-merahan. Matanya tersangat hitam dan bulu keningnya panjang. Tulang-tulang sendi di badannya tebal (besar)- (pergelangan tangan, siku, lutut). Bahagian di antara kedua-dua bahu dipenuhi daging-daging (berisi). Badan Rasulullah tidak berbulu di seluruh tubuh badan, walau bagaimanapun terdapat suatu garisan bulu daripada dada terus ke pusat. Tangannya yang mulia penuh dengan isi-isi daging. Apabila Rasulullah berjalan, baginda akan melangkah ke hadapan dengan kukuhnya, seoalah-olah baginda berjalan menuruni tanah curam, iaitu menuruni dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Apabila baginda menumpukan perhatian kepada seseorang, baginda melakukannya dengan seluruh jasadnya (memusingkan seluruh tubuh dan menoleh mukanya). Di antara dua bahunya terdapat tanda kenabian. Pangkat kenabian berakhir padanya. Baginda terlebih dermawan daripada segala makhluk dan paling dipercayai percakapannya dan terlebih lembut hatinya daripada semua manusia. Baginda adalah daripada golongan keluarga yang paling mulia'. (Sila rujuk kitab Insan Teladan Sepanjang Zaman oleh Mufti Ahmed Ibrahim Bemat, 1996, cetakan Dar al-Nu'man, halaman 10-11).
Kitab-kitab sirah juga menggambarkan Rasulullah sebagai insan yang paras mukanya manis dan indah, tidak terlampau tinggi, juga tidak pendek, dengan bentuk kepala yang besar, berambut hitam antara keriting dan lurus. Dahinya lebar dan rata di atas sepasang alis yang lengkung lebat dan bertaut, sepasang matanya lebar dan hitam, di tepi-tepi putih matanya agak kemerah-merahan, tampak lebih menarik dan kuat, pandangan matanya tajam, dengan bulu-mata yang hitam pekat. Hidungnya halus dan merata dengan barisan gigi yang bercelah-celah. Jambangnya lebar sekali, berleher panjang dan indah. Dadanya lebar dengan kedua bahu yang bidang. Warna kulitnya terang dan jernih dengan kedua telapak tangan dan kakinya yang tebal. Bila berjalan badannya agak condong ke depan, melangkah cepat-cepat dan pasti. Air mukanya membayangkan renungan dan penuh fikiran, pandangan matanya menunjukkan kewibawaan, membuat orang patuh kepadanya.
Ringkasnya perawakan Rasulullah adalah seperti yang berikut:
• Seorang yang kacak.
• Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan, Rasulullah saw juga seumpama matahari yang bersinar.
• Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama . Kali pertama memandangnya, sudah tentu akan terpesona
• Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. Wajahnya seperti bulan purnama
• Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
• Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya.
• Hidungnya agak mancung
• Mulut baginda sederhana luas dan cantik
• Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
• Janggutnya penuh dan tebal menawan
• Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak yang sangat indah.
• Kepalanya besar tapi elok bentuknya
• Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal sehingga kadang-kala menyentuh pangkal telinga dan kadang-kala mencecah bahu, namun ia disisir rapi. Rambutnya juga terbelah di tengah
• Di tubuhnya tidak banyak bulu kecuali satu garisan bulu menganjur dari dada ke pusat
• Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa. Kedudukan kedua-dua bahunya adalah seimbang.
• Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik. Tapak tangan Rasulullah saw amat lembut
• Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
• Kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
• Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan.
• Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
• Badannya tidak gemuk. Perutnya tidak buncit
• Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. Namun begitu, badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
• Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.
OLEH: UST.ONN@NOR AZHARI BIN ABDUL RAHMAN
SK Cikgu Mior Shaharuddin, Kg. Padang Tenggala, Bota, Perak