|
Gambar, Bayi Ajaib Terselamat Walaupun Di Pam Ke
Dalam Paip Tandas | Seorang bayi yang baru dilahirkan tetapi telah dipam
masuk kedalam paip tandas akhirnya diselamatkan anggota bomba dalam
satu kejadian di China.
Bayi berkenaan diselamatkan dari dalam paip
selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas
selepas beberapa orang pejalan kaki mendengar dia menangis
Polis yang menyiasat kes itu sebagai cubaan
membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian
televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah
kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang
Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.
Doktor yang memotong paip itu terpaksa
berhati-hati bimbang kecederaan bayi, kerja tersebut dilakukan hampir
sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.
Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.
Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu
disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi
Weibo, laman media sosial popular negara itu.
Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh
menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan
bertali pusat ke dalam paip tandas. Adakah mereka yang bertanggungjawab
layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di
kalangan orang dewasa semakin meluas.”
Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media
negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu
berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China
melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak.
Bayi tersebut kini sudah meningkat dewasa...
Bayi yang di selamat kan kini sudah dewasa.....
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan