Powered By Blogger

Isnin, 20 Januari 2014

Ulama Pilihan: Dato' Dr. Haron bin Din



Dato' Dr. Haron bin Din (Jawi: هارون بن دين) dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Bohor Mali, Kangar, Perlis .
Pendidikan
  • Kolej Islam Klang (1962-1965) - Sijil Tertinggi Kolej
  • Diploma Pendidikan Al-Azhar, Kaherah (1966-1968)
  • M.A. Syariah dari Ain-Shams, Universiti Kaherah (1972-1974) - Ph.D Syariah
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Profesor pada tahun 1986.
  • Beliau telah menulis banyak buku antaranya ialah, manusia dan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Obor Islam, Tasawur Islam, Hudud dalam Perundangan Islam dan banyak lagi.
Kerjaya
  • Pensyarah
  • Profesor
  • Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
  • Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
  • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
  • Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
Politik
  • Mula bergiat aktif dalam PAS sejak dari tahun 1974
  • Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
  • Ketua Penerangan PAS Pusat
  • Ahli Majlis Syura Ulamak
  • Timbalan Mursyidul Am PAS
Pilihan raya
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 , Datuk Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia mendapat undi 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Beliau tewas kepada pencabarnya , Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional ) mendapat undi: 17,367 . Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004 . Majoriti-diperolehi : 3,243 , Jumlah Undi : 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dr Haron Din sekali lagi tewas kepada calon Barisan Nasional/ UMNO. Ismail Bin Kasim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16451. Dr Haron Bin Din mendapat 16,151 undi sahaja. Peratus pengundi yang keluar ialah 83.4 %. Undi rosak sebanyak 586.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan