Powered By Blogger

Jumaat, 17 Januari 2014

Kartunis Zunar


1 ulasan:

  1. Zulkiflee Anwar Haque (15 Mei 1962) atau lebih dikenali sebagai Zunar adalah rakyat Malaysia yang juga merupakan kartunis Malaysia. Zunar menerima beberapa anugerah antarabangsa termasuk 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning dan terbaru anugerah hak asasi dari Yayasan Hellman/Hammett.[1]
    Pada Oktober 2011, beliau berada di di Sepanyol selama tiga bulan sebagai artis jemputan sebuah yayasan kesenian di Bilbao serta membuat pameran kartun .Zunar merupakan seorang kartunis yang sentiasa memiliki idea tajam dengan humor berbentuk satira.
    Karya beliau yang berjudul Ofis Korner merupakan sindiran tajamnya kepada kakitangan-kakitangan pejabat yang berbagai ragam, yang banyak membuang masa daripada menyiapkan kerja masing-masing.
    Liza: Cinta Tak Semestinya Bersatu adalah mengenai karakter Kadok, yang lurus bendul dan bodoh-bodoh alang, tetapi menyukai Liza serta berusaha memikat hati dan cintanya.
    Papa, yang tersiar di akhbar Berita Harian, memaparkan kehidupan dan nasib dua beranak yang daif di tengah-tengah kepesatan kota dan bangunan-bangunan pencakar langitnya. Ia lebih mewakili golongan-golongan yang tidak bernasib baik seperti setinggan.

    BalasPadam