Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya
bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1. Dan yang paling kejam…wife no.1
kena keluar dari bilik master bed room..untuk beri laluan kepada wife
no.2…kejam. Memang kejam !! Saya sampai sekarang tak boleh terima
perbuatan kawan baik saya tu yang halau wife no.1 keluar bilik. Walaupun
tindakan dia kahwin tu..saya tak kisah sangat…tapi jauh di sudut hati
saya…memang terasa kejam…sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke
dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.
Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap
dengan dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah – we
all sama-sama beli rumah masa bujang. Saya cakap sampai hati dia buat
macamtu kat wife no.1, dia marah saya balik, hal rumaht angga dia, saya
jangan campur..dah kena camtu….saya malas lah nak bertekak… Saya ada
jugak suruh dia asingkan dua dua isteri…tapi dia tak nak…dia kata payah
dia nak berulang alik. lantaklah… ..biar Tuhan je balas di atas
perbuatan kejamnya ke atas wife no.1. Kawan saya tu sebaya dengan saya.
Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kami.
Masa kawan saya belajar dulu…memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak
dan adik angkat….wife dia dah kerja sebagai operator kilang…so wife no.1
tu banyak support study kawan saya tu…lepas tu, dah jodoh, dia orang
kahwin.. Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua,
menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap… tapi
yang buat saya bengang…ade ke…kawan saya tu….selalu pujuk saya sampai
lah sekarang supaya jadi macam dia…cari no.2… tak sampai hati saya nak
duakan isteri tersayang saya tu.
Saya memula tak tahu jugak yang kawan
saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal bersama wife no. 1. Tapi, bila saya
dengar kecoh dari rumah sebelah…saya jengoklah… saya nampak kawan saya
tengah campak baju-baju wife no.1 dari balconi….wife saya sampai nangis
bila tengok peristiwa tu… Kat bawah…saya tengok…anak-anak dia yang 4
orang tu dengan maid…menangis pungut baju mak dia…kawan saya
menjerit-jerit dari atas balconi..cakap. .. “kau orang cakap dengan mama
kau…kalau nak papa jaga sampai mampus…jangan lawan cakap papa…” Tak
boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar papa
dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4 lelaki. S
aya rasa, tujuan utama dia halau wife
no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik
utama tu…so…seronoklah dia berendam & mandi sama-sama dengan wife
no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya
tu…sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing
dulu…
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal
kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian,
dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu. Arwah baru sahaja meninggal
dunia pada hari sabtu 250103…sedangkan suaminya – rakan baik saya tiada
di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 di France . Rakan saya
sudah berlepas pada malam 240103 lagi.
Apabila saya balik ke rumah setelah
menghantar rakan baik saya ke airport Changi, maid arwah call mengatakan
yang arwah mengalami sesak nafas…saya kelam kabut ke rumah
sebelah..untuk bawa arwah ke hospital…sebelum arwah pergi ke hospital..
.dengan kepayahan, arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang
berusia 3 tahun yang sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak
perempuan ( no 1 dan 2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga
adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yang dia akan pergi.. Hanya saya
dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya
menunggu di rumah rakan saya.
Beberapa kali masa dalam perjalanan,
arwah berpesan pada saya supaya tolong tengok-tengokkan anaknya… Saya
masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri dia
sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat
menelefon abang arwah yang berada di Kluang supaya datang segera. Arwah
hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak & ayahnya sudah tiada.
Semasa di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan
rawatan yang teruk-teruk kerana dia dah nak pergi…memang sedih masa tu.
dah puas saya menangis 2 3 hari ni.
Masa abang arwah sampai dari Kluang ke hospital…arwah masih dalam bilik rawatan….abang arwah
terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah
dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi buat selamanya. dan abang
arwah yang membuat keputusan agar jenazah arwah segera dikebumikan tanpa
menunggu kepulangan suaminya. Saya dengan abang arwah yang sibuk
menguruskan urusan untuk mengeluarkan jenazah.
Banyak perkara yang saya pelajari,
seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat
laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil
kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan
permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital untuk mengeluarkan jenazah
dan juga urusan-urusan lain.
Alhamdulilah.. untuk urusan pengembumian
jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan
pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh
jawatankuasa masjid. malam tu, saya dan abang arwah tidak tidur. Dalam
pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat dibawa ke
rumahnya dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat dikebumikan. Suami
arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke rumah dan
saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan
supaya rakan saya tu meneruskan percutian. dalam kepala saya masa tu tak
ada fikir untuk marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk
selesaikan urusan pengebumian sahaja.
Masa jenazah di rumah, anak-anak arwah
yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yang kembar tu..sibuk
bertanya ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ ‘’kenapa mama tidur kena
tutup.. ??’’ sedih. sedih sangat saya ketika itu. saya hanya berupaya
memeluk dua kembar tu supaya senyap…tapi air mata saya menitis juga.
saya kenal arwah masa saya form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya
sama-sama belajar di sana. masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim
piatu kerana bapanya meninggal dan arwahlah yang selalu menjadi
perangsang kepada rakan saya tu. Lepas SPM, we all dapat tawaran ke USA .
setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai
tidak kurang dari $100 USD.
Masa pengebumian, saya antara yang
menyambut jenazah dari dalam lubang kubur untuk diturunkan ke liang
lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa
arwah sedang merenung saya, sedih masa tu. Masa urusan pengebumian tu,
anak-anak arwah yang kembar hanya memandang sahaja. Tetapi, bila tanah
ditimbus menutupi jasad mamanya, barulah yang kembar itu menangis, tapi
dipujuk oleh wife saya.
Suami arwah akan kembali pada hari rabu
290103. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat-empat anak arwah
tidur bersama-sama saya…mereka rindukan arwah mama mereka, dan juga papa
mereka. Boleh dikatakan, budak-budak tu selalu je mengigau bila tidur.
Mereka akan memanggil ‘’mama…mama…mama…’’ dan saya terpaksa memujuk
dengan mengatakan.. ..shhh.. senyap.. senyap sayang…papa ada..papa ada
sini..dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya
tu…supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita
semua yang masih bernafas di bumi ini untuk arwah mamanya…
P/S : Kisah benar untuk dijadikan
renungan terutama bagi lelaki yang bergelar suami. Setiap yang Allah
s.w.t kurniakan kepada kita, tak kiralah sempurna atau tidak pada
pandangan mata, ia adalah anugerah, amanah yang tak terhingga nilainya.
Isteri dan anak untuk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang
bila dah “tak berguna”..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan