Abu Bakar
al-Siddiq أبو بكر الصديق Abū Bakr al-Siddīq ialah khalifah
pertama orang Muslim
dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya
digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau
menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu
Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat
gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang
membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah
Kehidupan awal
Saidina Abu
Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat
sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah
pada tahun 622,
hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang
lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah
tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia
juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam
daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga
merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang
jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan
2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
Beliau mendapat
gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan
dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah
apabila berlakunya peristiwa Isra dan
Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai
mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu
tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan
dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
Menjadi khalifah pertama
Semasa Rasulullah
s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu
Bakar mengimamkan solat
orang Islam.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang
dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah
bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar
dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan
Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin
melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah
kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan
golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu
Bakar.Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu
Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan
Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.
Jalaluddin al-Suyuti dalam karyanya al-Khulafa
al-Rashidun ('Khalifah al-Rashyidun') menyatakan bahawa semasa perjumpaan
Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar orang Islam Ansar di rumah Sa'd ibn Ubadah
selepas kewafatan Nabi Muhammad (SAW), Sayidina Abu Bakar pada mulanya
mencadang dua calon sebagai Khalifah, yakni Sayidina Umar dan seorang Sahabat
lain, Abu Ubaidah ibn al-Jarrah. Perbincangan menjadi hangat sehinggalah
Sayidina Umar menyuruh Sayidina Abu Bakar menghulurkan tangannya lalu Sayidina
Umar mengambil tangan Sayidina Abu Bakar dan memberi bai'ah kepadanya. Tindakan
Sayidina Umar diikuti Muhajirin dan Ansar. Selepas mendapat bai'ah, Sayidina
Abu Bakar mencari az-Zubair dan Sayidina Ali yang tiada di pertemuan itu.
Kedua-dua mereka dipanggil dan memberi bai'ah kepada Sayidina Abu Bakar apabila
mereka tiba.
Peperangan Islam-Riddah
Masalah mula
timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah.
Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab
memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula
yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka.
Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w.
dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi
mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.
Saidina Abu
Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada
seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada
diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan
penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang
terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan
permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang
mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Namun Khalid
Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.
Ekspedisi ke Utara
Selepas berjaya
mengurangkan golongan riddah, Saidina Abu Bakar mula menghantar
panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine
(Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid
Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh
kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang
orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada
Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah
terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.
Pengumpulan al-Quran
Menurut ahli
sejarah Islam,
selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang
mahir menghafaz al-Quran
terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang
berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti
pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran[5].
Saidina Uthman Affan kemudiannya
melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.
Kewafatan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu
Bakar wafat pada 23 Ogos
634 di Madinah
iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab
kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada
pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum
kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah
yang baru.
Saidina Abu
Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid
an-Nabawi yang terletak di Madinah.
Sumbangan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu
Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau
banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan
golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku
sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran
dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan