Powered By Blogger

Ahad, 9 Februari 2014

[INFORMASI] Fakta Tentang Nyamuk


Dalam satu penyelidikan, ahli entomologi melakukan kajian untuk menentukan apakah serangga kecil ini memilih mangsanya atau hanya menghisap darah secara rawak.  Hasil dari kajian tersebut ternyata menunjukkan bahawa nyamuk memilih mangsa yang darahnya akan dihisap. Nyamuk memilih mangsanya berdasarkan bau manusia yang nikmat iaitu yang berbau masam dan berbau kolesterol.

Seorang pakar entimologi dari University of Florida, Jerry Butler mengatakan bahawa serangga nyamuk menggunakan bau untuk menganalisa seseorang yang menarik dan yang tidak menarik untuk menemukan darah mana yang lebih sedap dan manis bagi mereka.

Jelasnya lagi, nyamuk telah berevolusi dan bertahan hidup sertadengan perkembangan yang pesat, maka nyamuk memiliki kemampuan untuk memilih mangsa terbaik untuk dihisap darahnya, iaitu denganderia bau yang tajam.  anusia dapat menarik kedatangan nyamuk yang berada jauh dari mereka hanya dengan bau nafasnya.  Setiap kali manusia menghembuskan nafas, karbon dioksida dan bau lainnya bercampur untuk menghasilkan signal yang bergerak melalui udara.  Signal-signal tersebut akan memberitahu nyamuk bahawa terdapat darah yang merupakan makanan lazat.

Info Nyamuk Lagi! Seriously, fakta... - Public Health Malaysia ...

Kisah nyamuk dan Raja Namrud  terdapat di dalam Al-Quran

Menurut Butler, nyamuk terbang dengan pola zig zag. Kemudian koloni serangga kecil ini akan menemui pusat bau di udara dengan menajamkan penglihatannya agar mangsa yang dicari segera ditemui.  Dari kajian yang dilakukan, Butler  mendapati bahawa nyamuk sebenarnya memerlukan kolesterol dan vitamin B, tetapi serangga kecil itu tidak mampu menghasilkannya sendiri.   Oleh  yang demikian,   nyamuk akan mencari mangsa yang kaya akan sumber-sumber tersebut. Selain itu, bau-bauan seperti bau masam adalah sangat menarik bagi  nyamuk.

Seterusnya, menurut kajian mengatakan bahawa  bahan-bahan yang digunakan untuk melembutkan dan menghaluskan kulit boleh menjadi umpan yang kuat bagi nyamuk. Bahkan, bahan-bahan dalam kosmetik tertentu dikatakan sangat menarik bagi nyamuk.

Kelebihan Seekor Nyamuk Dewasa

Gigitan sang nyamuk mempunyai racun yang akan mengalir dalam darah manusia

Mungkin sekiranya ditanya pada sesiapa juga, apakah faedah Allah menjadikan nyamuk? Jawapannya…tiadalah berfaedah sedikit pun kerana kehadiran serangga kecil ini bukan sahaja mendatangkan rasa takut dan rimas bahkan ianya sangat berbahaya kepada manusia.  Ini kerana gigitan nyamuk boleh mengakibatkan kematian.  Ramai manusia terkorban nyawa akibat serangan nyamuk seperti denggi, malaria, Chikungunya dan Jepenese Encephalitis (J.E).

Namun, hanya Allah jualah yang menciptakan nyamuk dan serangga ini memiliki beberapa keistimewaannya tersendiri, antaranya:

  • Memilki 100 mata (mata kumpuan) di atas kepala.
  • Memiliki 48 gigi pada mulutnya.
  • Memilki 3 hati yang berasingan.
  • Memilki 6 bilah pemotong pada muncungnya.
  • Memiliki 3 sayap setiap bahagian samada kiri atau kanan.
  • Dapat mengesan haba.
  • Dapat melihat semua warna walau dalam gelap.
  • Dapat membezakan kandungan darah pada manusia.
  • Muncungnya dapat mengisap darah.
  • Mampu mengelak untuk dikesan oleh musuh.
  • Dapat menghidu peluh manusia dari jarak yang jauh.
  • Dapat mengelak dari bahan berbahaya yang terdapat pada manusia
  • Nah! lihatlah serangga sekecil itu mempunyai keistimewaannya.  Itulah ciptaan Allah S.W.T.  Nyamuk sering dianggap sebagai makhluk hidup yang biasa dan tidak penting. Namun, ternyata nyamuk itu sangat bererti untuk diteliti dan dipikirkan kerana di dalamnya terdapat tanda-tanda kebesaran Allah.


Apapun yang anda fikirkan tentang nyamuk..pastinya kita tidak akan membiarkan nyamuk menyedut darah merah kita dengan sewenang-wenangnya..apa yang pasti..Pappp!!! satu tamparan pasti hinggap di tubuh serangga kecil itu untuk membunuhnya!.. Biar pedih kulit ditampar, asalkan hati puas… betul tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan