Powered By Blogger

Jumaat, 10 Januari 2014

Al-kisah Injil berbahasa Melayu


Posted on Friday, January 10 @ 13:12:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Analisis Isu "Dahulunya, injil-injil berbahasa 'melayu' atau 'indonesia' yang di impot dari luar negara ini, nak masuk ke negara Malaysia pun tidak dibenarkan sama sekali. Ianya akan ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bising punya bising. PM kita yang bijaksana, telah memberi kuasa kepada individu bernama 'melayu' ini untuk menguruskannya.

Tak tahu ke PM yang bijaksana kita ni, siapa yang dipilihnya itu? Beliau memang terkenal dengan kebijaksanaan dan kealiman beliau dalam agama yang dianuti beliau.

Oh tak ya, PM memang suka memilih mereka yang 'tidak betul', sebagaimana memilih seorang lagi individu memegang Tabung Haji dan juga dalam menengahkan calon-calon mufti dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Berbalik kepada isu kitab injil berbahasa melayu ini. Al-kisah, sebanyak 35,100 kitab injil yang telah disita di Pelabuhan Kelang beberapa tahu lalu, dengan hasil perbincangan 'bijak' para pemikir yang dibayar lumayan oleh JABATAN PERDANA MENTERI. Maka, kitab-kitab tersebut telah dilepaskan [1]. Malahan, hasil kebijaksanaan para pemikir ini, kitab injil berbahasa melayu tidak perlu lagi di impot, malahan boleh dicetak di Malaysia, iaitu di Sabah dan Sarawak buat masa kini [2].

Dengan bangganya, PM kita yang bijaksana dengan bangganya telah menyuarakan bahawa resolusi yang telah dibuat itu, adalah penyelesaian terbaik [3]. Seperti biasa, pak turut lain seperti TPM dan Menteri Dalam Negeri menyahut sokongan dan mendabik dada.

Baru-baru ini pula, pemikir hebat lantikan PM bertindak lebih bijak, dengan memaklumkan bahawa semua kitab injil, dalam pelbagai bahasa (termasuk melayu) boleh diimpot ke Malaysia tercinta, malahan boleh dicetak di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia [4]. Tahniah!!! Demi semangat 1Malaysia!!!

Jadi mengapa pula pencacai-pencacai UMNO bingit bila isu kalimah "Allah" dan lain-lain. Malahan, PM dan pak turut beliau telah mengeluarkan peintah agar isu ini jangan dibangkitkan [5], kerana mereka yang bikin semua ini. Tak perasankah mereka semangat 1Malaysia bakal menjadikan Malaysia, mungkin negara pencetak injil pelbagai bahasa terbesar di dunia. Bangga bukan? 
 
Anugerah diantara negara penternak 'babi' terbesar di dunia, sudah ditangan kita. Malahan negara Cina pun impot dari Malaysia [6]. Tetapi nak ternak lembu, habis lebur karenah kroni menteri-menteri dalam NFC, FAMA dan sebagainya.

Sebelum menyalak, INGAT SEMULA kisah-kisah dan FAKTA tercetus semuanya. Jangan jadi MELAYU MUDAH LUPA. Akhamdulillah, ada juga Melayu yang tidak akan lupa, daripada pihak PKR. Mana perginya mufti yang lantang membantah isu ini dahulu? [7] Dah lupa atau kocek dah penuh?

Fikir-fikirkanlah. Siapa yang membenarkan penggunaan kalimah "ALLAH' di dalam kitab injil ini dahulu? [8] Takkan PKR kut? Mereka pegang Putrajaya ke? Jadi, tanya menteri dan pemikir di Putrajaya tu.
 

PAS juga yang dipersalahkan
 
Yang selalunya pencacai UMNO bising, DAP yang buat? Tapi DAP pegang kerajaan ke? Takkan perkara ini menjadi sebab DAP? Tanya Putrajaya!!!

Ingat, kemenangan BN PRU14 lepas, adalah kerana 'hadiah-hadiah' istimewa sebegini yang dianugerahkan oleh pemimpin BN kepada mereka. Apa mereka minta, pasti boleh dapat. Malahan sekiranya Sabah dan Sarawak mahu Ketua Menteri beragama kristian seperti 'Idris Jala' dimasa hadapan pun boleh dapat kerana nakkan undi penganut kristian yang menjadi majoriti di Sabah dan Sarawak. Siapa yang selalu meludah kelangit dan terpalit di muka sendiri? Pencacai UMNO juga. Nak serang gereja beramai-ramai pun jadi tak berani, kecut perut, termasuklah PERKASA tu.

Fikir-fikirkan lah sebelum melatah. Bukan apa. Kesiaan ana lihat sedara sebangsa dan seagama sibuk meludah dan jilat semula. Kasihan dan loyar rasa tekak ana.

Rujukan:
[1] 35,100 kitab Injil disita boleh segera dituntut, http://www.bharian.com.my/articles/35_100kitabInjildisitabolehsegeradituntut/Article/
[2] Kenyataan Akhbar Datuk Seri Idris Jala Mengenai Isu Injil, http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2011/4/10/mstar_berita/20110409221202
[3] PM: Isu kitab Injil telah diselesai secara baik, http://library.perdana.org.my/PLF/Malaysiakini_selection/MalaysiaKini%202011/26/161275.pdf
[4] Dato Idris Jala: Injil dalam semua bahasa boleh diimpot, http://www.kualalumpurpost.net/dato-idris-jala-injil-dalam-semua-bahasa-boleh-diimpot/
[5]  Nazri: Jangan bangkit lagi kes kalimah 'Allah, http://my.news.yahoo.com/nazri-jangan-bangkit-lagi-kes-kalimah-allah-050708447.html
[6] China beli babi Malaysia - * Harga termurah di Asia * Tampung permintaan tinggi negara itu,http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
[7] Mufti cabar undang-undang Islam dibatal, http://www.kl-today.com/2011/04/mufti-cabar-undang-undang-islam-dibatal/
[8] Kristian Sabah, Sarawak boleh guna kalimah Allah, Kristian Sabah, Sarawak boleh guna kalimah Allah, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0116&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
mat_sempoi
Posted on Friday, January 10 @ 13:12:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan